Pengikut

Jumaat, 5 Oktober 2012

APA ITU YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KIROPRAKTIK ?


Kiropraktik ialah disiplin dan profesion penjagaan kesihatan yang menekankan menekankan diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada sistem muskuloskeletal, khususnya tulang belakang, atas hipotesis bahawa gangguan itu akan menjejaskan kesihatan umum menerusi sistem saraf. Ia umumnya dikategorikan sebagai perubatan pelengkap dan alternatif (CAM), suatu penyifatan yang ditolak oleh banyak pakar kiropraktik. Walaupun pakar kiropraktik mempunyai banyak sifat pembekal rawatan asas, mereka mempunyai lebih banyak sifat bidang perubatan seperti bidang pergigian dan podiatri. Teknik rawatan kiropraktik utama melibatkan terapi insani, termasuk pemanipulasian tulang belakang, sendi, dan tisu lembut. Rawatan juga termasuk senaman serta kaunseling kesihatan dan gaya hidup. Kiropraktik tradisional menganggap bahawa subluksasi ruas tulang belakang atau disfungsi sendi tulang belakang akan mengganggu fungsi tubuh dan kecerdasan semula jadi, suatu anggapan vitalistik yang mengakibatkan ejekan daripada sains dan perubatan aliran utama.
D.D. Palmer mengasaskan kiropraktik pada 1890-an lalu anaknya, B.J. Palmer, membantu memperluaskannya pada awal abad ke-20. Bidang kiropraktik kini mempunyai dua aliran utama:
"Aliran Tulen", kini golongan minoriti, yang menekankan vitalisme, kecerdasan semula jadi, serta pembetulan tulang belakang, dan menganggap subluksasi sebagai punca utama bagi semua penyakit;
"Aliran Campuran" yang bersikap lebih terbuka terhadap teknik perubatan utama dan teknik perubatan alternatif seperti senaman, pengurutan, tambahan pemakanan, dan akupunktur.
Bidang kiropraktik kini sudah mantap di Amerika Syarikat, Kanada, serta Australia  dan merupakan profesion kesihatan yang ketiga terbesar, didahului hanya oleh bidang perubatan dan bidang pergigian. Kebanyakan orang yang mencari rawatan kiropraktik berbuat demikian bagi merawat sakit belakang bawah.

Kebaikan BERBEKAM


Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20. Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)

Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)

Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW. Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

Jelasnya, bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang. "Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.

"Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit," jelasnya.
Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.

BEKAM: Terapi alternatif singkir kotoran bantu segarkan tubuh dan wajah


KEINGINAN hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri. Berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi.

Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas, kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit.

Dan lagi, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk berehat selepas menjalani sesi rawatan.

Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan.

Bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Tentang kebaikan bekam angin pula ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi.

Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita.



INFO

Bekam

* Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.

* Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.


Alat Bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.


Larangan Berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.


Kebaikan Berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


Jenis bekam

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.


Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Khamis, 4 Oktober 2012

Rawatan bekam di wajah untuk resdung dan masalah kulit.