Pengikut

Selasa, 9 Oktober 2012

Teori Kiropraktik



Kiropraktik
Sejarah Kiropraktik .

Teori kiropraktik yang disusun oleh Palmer menyatakan bahawa otak manusia yang mengirim energy ke seluruh tubuh, dalam perjalanannya melalui system saraf yang ada di sepanjang ruas tulang belakang .
Tulang belakang terdiri atas 24 buah tulang yang disebut VERTEBRATA yang membungkus dan melindungi korda spinalis atau spinal cord (5 tulang belakang dan 4 tulang tungging tidak dilewati korda spinalis ) .
Melalui celah- celah antar vertebrata, keluar pasangan saraf yang mencapai keseluruh tubu badan, termasuk tulang, organ tubuh, dan kelenjar .
Menurut Palmer sitem saraf terbahagi menjadi 3 sistem yang tumpang tindih, iaitu :
1.     System saraf sentral/ pusat yang terdiri atas otak dan sumsum tulang belakang atau korda spinalis.
2.      System saraf otonomik yzng mengawal fungsi tubuh yang berjalan secara automatic seperti vena jantung, pencernaan dan enzim .
3.      System saraf peripheral yang menghubungkan system saraf pusat keseluruhan jaringan tubuh dan otot .

Cara Kerja Otot .
Pengecilan otot (kontraksi otot)
Bila mana otak menghantar impuls elektrikal ke otot melalui saraf, maka gentian (serabut) otot akan mengecil. Lebih banyak impuls elektrik, atau kuat ransangan, maka ia meningkatkan kemampuan pengecilan. Bila mana otot mengecil (kontraksil), tulang yang melekat padanya akan bergerak. Beginilah cara bagaimana terjadnya pergerakan di tubuh kita .
Jika saraf otot mengalami kecederaan, maka ototnya akan menjadi lemah dan bias terjadi KELUMPUHAN (paralysis) .
Ketidakseimbangan berlaku bila salah satu daripada otot- otot yang berpasangan menjadi terlalu lemah, terlalu kuat, terlalu ketat atau tegang. Ini menyebabkan penarikan otot-otot  yang tidak seimbangan. Ketidakseimbangan otot bisa menyebabkan kerosakan dan koyak di kawasan sendi, boleh menyebabkan kondisi kronik seperti ARTHRITIS (radang sendi) .

Penyakit Yang Timbul Akibat Kelainan Ruas Tulang Belakang .
Instruksi dari otak kita yang dikirim keseluruh tubuh adalah melalui ruas tulang belakang.
Bentuk tubuh yang tidak baik mempengaruhi kesihatan dan usia kita .

Di dalam ilmu iridology, terdapat satu kenyataan bahawa ‘ mata ialah extension daripada otak’ . Maka kita dapat mendiagnos permasalahan tulang belakang pada Jensen chart bernombor 3 , 4 dan 5 di bahagian kanan mata .

Isnin, 8 Oktober 2012

Cara Rawatan REFLEKSI ?


Urut Tradisional Refleksologi Dibuat Dengan Pelbagai Cara.

Sebenarnya,urut tradisional refleksologi ini boleh dijalankan menggunakan tangan,kayu,tanduk kerbau,plastik dan lain-lain lagi.Ini bergantung kepada kita yang mana kita rasa selesa.Bermacam-macam pendapat tentang cara untuk menjalankan urut tradisional refleksologi.Tapi sebaik-baiknya,pastikan cara urut tradisional refleksologi itu membuatkan anda merasa selesa semasa proses rawatan.Perlu diingatkan.Jika tapak kaki anda sakit bila memijak sesuatu,kesihatan anda dalam bahaya.Anda harus mendapat rawatan urut tradisional refleksologi untuk menghilangkan rasa sakit tersebut.Tapak kaki yang tiada sakit lagi,ia telah menandakan kesihatan seseorang itu berada dalam keadaan baik.

Tempoh rawatan urut refleksologi yang terdapat pada ,masa kini pelbagai-bagai.Ada rawatan urut tradisional refleksologi hanya setengah jam.Ada rawatan urut tradisional refleksologi yang 45 minit.Tetapi,rawatan urut tradisional refleksologi yang ideal adalah 45 minit intuk kedua-dua bela kaki.Dapatkan rawatan urut tradisional refleksologi dari pengamal rawatan urut tradisional refleksologi yang mahir.Rawatan urut tradisional refleksologi adalah satu dari rawatan urut tradisional yang condong kepada pencegahan.Urut tradisional refleksologi ini berfungsi mencegah organ-organ badan yang tidak sihat supaya tidak menjadi lebih teruk.Dengan rawatan urut tradisional refleksologi,kesihatan yang berada dalam taraf bahaya ini dapat dikembalikan kepada kesihatan yang asal atau kesihatan yang normal.Jadi,jangan terlepas pandang terhadap urut tradisional refleksologi.Ia merupakan jenis urutan yang tersembunyi dalam rawatan urut tradisional.

KEBAIKAN RAWATAN REFLEKSOLOGI .


Urut Tradisional | Apa Itu Refleksologi.

Urut tradisional
refleksologi adalah,tindakbalas pusat atau suis yang ada di tapak kaki,tapak tangan dan telinga kepada kepada organ-organ di dalam badan manusia.Urut tradisional refleksologi tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat pada masa ini kerana urut tradisional refleksologi ini boleh menyembuh pelbagai penyakit yang merbahaya mahupun yang tidak merbahaya.Urut tradisional refleksologi ini boleh dikatakan di belakang sikit sahaja dengan urut tradisional.Tetapi ianya satu jenis rawatan dalam rawatan urut tradisional yang memberikan satu kesihatan badan secara tidak nampak bukan sepertimana rawatan urut tradisional urutan badan yang biasa orang dapatkan.
Setiap bahagian di tapak kaki terbahagi kepada bahagian-bahagian yang tersendiri.Di setiap bahagian tersebut mewakili setiap organ di dalam tubuh manusia.Jadi,kalau di rumah,setiap lampu ada mempunyai suis yang tersendiri.Begitu juga dengan organ badan kita.Semuanya ada suis masing-masing yang terletak di tapak kaki,tapak tangan dan telinga.

Cuba perhatikan rajah ini betul-betul.Bermula dari atas iaitu jari kaki.Suis-suis hebat yang diciptakan Allah ini tersusun dengan cantiknya di mana susunan suis tersebut sama dengan susunan organ manusia.Jika kita dalam keadaan berdiri dibandingkan dengan tapak kaki yang berdiri seperti gambarajah di sebelah,susunan suis dan organ dalam badan manusia adalah sama.Semakin tinggi suis itu berada,begitulah juga tingginya organ-organ badan kita berada.Bermula dari jari kaki yang mewakili kepala,mata dan sebagainya.Kemudian ke bawah sedikit mewakili dada.Seterusnya ditangah-tengah tapak kaki adalah mewakili bahagian perut.Dan seterusnya sampai ke tumit yang mewakili kaki dan sebagainya.

Cara urut tradisional refleksologi bekerja adalah,apabila kita tekan setiap bahagian/point pada tapak kaki tersebut,organ-organ yang mewakili point tersebut akan menyala.Nyalaan inilah yang dipanggil refleks atau dalam bahasa urut tradisional “refleksologi”.Yang menghubungkan point tersebut dengan organ badan adalah wayar /urat saraf.Dalam masa organ tersebut menyala,wayar/ urat saraf masing masing yang menghubungkan point ini dengan organ tersebut akan mengalirkan tenaga elektriklah boleh dikatakan.Dengan adanya tenaga letrik ini,ia akan memecahkan segala angin atau kotoran yang ada di dalam urat saraf tersebut dan ianya juga akan merangsang urat saraf tersebut supaya menjadi aktif.Bila aktif,urat saraf tersebut akan sihat.Bila sihat,darah darah akan dapat mengalir dengan baiknya ke bahagian-bahagian organ badan tersebut dan organ tersebut akan sihat sesihatnya kerana telah mendapat zat dari darah yang mengalir dengan baiknya tadi.Di sinilah fungsi urut tradisional refleksologi yang penting di mana ia akan merangsang organ-organ badan yang kusam tidak bermaya kepada organ-organ yang telah sedar dan terjaga.
Kalau kita rasa ada ketulan di tapak kaki kita,sedarlah.Kesihatan anda dalam bahaya.Ketulan-ketulan yang berada di tapak kaki kita atau dengan kata lain berada di point refleksologi tersebut,telah memberikan kita tanda bahawa suis organ tersebut telah diselaputi lumut dan busut.Begitu juga wayarnya/urat sarafnya.Jadi kita kena cuci suis/point tadi dengan rawatan urut tradisional refleksologi,di mana suis/point tadi akan dibaikpulih/dicuci oleh tukang urut tradisional refleksologi.Setelah suis/point tadi sudah dicuci,dengan kata lain ketulan atau busut/lumut tadi telah hilang,dan suis/point tadi telah dapat digunakan seperti biasa.Bila kita memijak sesuatu,suis/point tadi tidak ada masalah untuk mengalirkan urat saraf dengan tenaga letrik dan seterusnya menyalakan/merangsang organ-organ dalam badan kita dengan nyalaan lampu yang terang atau dengan kata lain mendapat bekalan darah yang mencukupi.


Jumaat, 5 Oktober 2012

APA ITU YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KIROPRAKTIK ?


Kiropraktik ialah disiplin dan profesion penjagaan kesihatan yang menekankan menekankan diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada sistem muskuloskeletal, khususnya tulang belakang, atas hipotesis bahawa gangguan itu akan menjejaskan kesihatan umum menerusi sistem saraf. Ia umumnya dikategorikan sebagai perubatan pelengkap dan alternatif (CAM), suatu penyifatan yang ditolak oleh banyak pakar kiropraktik. Walaupun pakar kiropraktik mempunyai banyak sifat pembekal rawatan asas, mereka mempunyai lebih banyak sifat bidang perubatan seperti bidang pergigian dan podiatri. Teknik rawatan kiropraktik utama melibatkan terapi insani, termasuk pemanipulasian tulang belakang, sendi, dan tisu lembut. Rawatan juga termasuk senaman serta kaunseling kesihatan dan gaya hidup. Kiropraktik tradisional menganggap bahawa subluksasi ruas tulang belakang atau disfungsi sendi tulang belakang akan mengganggu fungsi tubuh dan kecerdasan semula jadi, suatu anggapan vitalistik yang mengakibatkan ejekan daripada sains dan perubatan aliran utama.
D.D. Palmer mengasaskan kiropraktik pada 1890-an lalu anaknya, B.J. Palmer, membantu memperluaskannya pada awal abad ke-20. Bidang kiropraktik kini mempunyai dua aliran utama:
"Aliran Tulen", kini golongan minoriti, yang menekankan vitalisme, kecerdasan semula jadi, serta pembetulan tulang belakang, dan menganggap subluksasi sebagai punca utama bagi semua penyakit;
"Aliran Campuran" yang bersikap lebih terbuka terhadap teknik perubatan utama dan teknik perubatan alternatif seperti senaman, pengurutan, tambahan pemakanan, dan akupunktur.
Bidang kiropraktik kini sudah mantap di Amerika Syarikat, Kanada, serta Australia  dan merupakan profesion kesihatan yang ketiga terbesar, didahului hanya oleh bidang perubatan dan bidang pergigian. Kebanyakan orang yang mencari rawatan kiropraktik berbuat demikian bagi merawat sakit belakang bawah.

Kebaikan BERBEKAM


Rasulullah SAW telah lama mengajarkan kepada kita mengenai ilmu perubatan yang efektif hampir 1,400 tahun yang lalu. Suatu terapi yang mempunyai khasiat penyembuhan yang sungguh luar biasa dan hanya terungkap sekitar abad ke 20. Ia juga adalah salah satu cara detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat bagi umat Islam tanpa kesan sampingan yang ketara.

Diriwayatkan dalam Shahih Bukhari, Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara. Pertama minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan pengubatan dengan besi panas. (Shahih Bukhari)

Hadis Kedua: Dari Jabir Bin Abdillah r.a ia berkata, saya pernah mendengar Nabi SAW bersabda: Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak suka berubat dengan 'kay'. (Shahih Bukhari)

Hadis Ketiga: Dalam riwayat Tirmidzi dari Ibnu Mas'ud dan riwayat Baihaqi: "Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!" (Shohihul Jami': 5671)

Hadis Keempat: Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya, dari Ibnu Mas'ud yang berkata: "Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau diisra'kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan" Wahai "Muhammad, Perintahkanlah umatmu untuk berbekam."

Ahmad juga meriwayatkan dalam musnadnya, sabda beliau: "Ini (bekam) adalah sebaik-baik cara pengubatan yang digunakan oleh manusia." (Al-Bashriyyin : 19237, Shohih)
Hadis Kelima: Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya cara pengubatan paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam). (Shahih Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis-hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa bekam merupakan perintah Nabi Muhammad SAW. Bekam juga adalah terapi yang sangat dianjurkan oleh penduduk langit. Nasihat ini merupakan penghormatan para malaikat sebagai sambutan atas kunjungan Nabi SAW. Bekam adalah nasihat emas daripada para malaikat yang berbakti kepada 'penghulu manusia' pada malam yang diberkati. Justeru, adalah sangat tidak wajar sekiranya kita yang mengakui seorang Muslim ini cuba berdolak-dalik ataupun mengabaikan kaedah pengubatan yang langsung turun dari langit ini!

Jelasnya, bekam adalah pengeluaran darah dari permukaan kulit untuk tujuan pengubatan dan mengekalkan kesihatan. Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang. "Bekam dipercayai telah wujud sejak zaman purba seperti di Greek dan dan di Mesir. Pada masa itu bekam adalah dengan menggigit kulit untuk mengeluarkan darah sebelum ia disedut.

"Pada zaman Nabi Musa, bekam turut digunakan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit," jelasnya.
Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam ini sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk.

BEKAM: Terapi alternatif singkir kotoran bantu segarkan tubuh dan wajah


KEINGINAN hidup sihat dan kelihatan cantik menyebabkan manusia berikhtiar dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat itu. Tidak cukup dengan perubatan moden, perubatan tradisional atau alternatif turut menjadi pilihan.

Pernahkah anda mengamalkan bekam bagi mengeluarkan darah dan angin kotor agar tubuh menjadi lebih sihat? Bekam dalam istilah Melayu membawa maksud mengeluarkan angin dalam badan atau pelepasan darah kotor daripada badan manakala dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai al-Hijamah, iaitu kaedah pembersihan darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan.

Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia juga didakwa mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.

Bekam adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri. Berbekam adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT. Ada beberapa jenis bekam diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

Hampir 60 peratus bekam yang diamalkan di seluruh dunia adalah bekam kering (angin). Bekam angin pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu magnet dan akupuntur (aku-bekam). Bekam jenis ini tidak menyakitkan dan amat sesuai digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, muntah, resdung, masalah hati, sakit belikat, urat saraf, sakit leher, berdengkur, buah pinggang, buasir dan pelbagai lagi.

Bekam basah atau bekam darah pula menguasai 30 peratus teknik berbekam dan terbahagi kepada dua iaitu bekam darah moden dan bekam darah sunnah (mengikut sunnah Rasulullah). Perbezaan ialah bekam moden menggunakan jarum, boleh dilakukan mengikut kelapangan pesakit tidak mengira waktu, sekerap dua kali seminggu dan tidak kisah jika pengamalnya lelaki atau perempuan.

Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas, kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama.

Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.

Daripada sentuhan berkenaan, penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.

Kaedah tekanan boleh digunakan dengan cara menekan bahagian tertentu. Apabila tekanan dilakukan pada bahagian itu pesakit akan berasa sakit.

Dan lagi, bekam darah boleh dilakukan dengan mencucuk kulit bagi membolehkan darah kotor disedut keluar menerusi tiub khas. Rawatan ini dilakukan kira-kira 20 minit bergantung kepada ketahanan individu dan seelok-eloknya dilakukan pada waktu tengah hari kerana ketika itu urat saraf berkembang.

Pelanggan dinasihat tidak mengambil sebarang makanan dua jam sebelum melakukan sesi berbekam dan begitu juga mandi. Selain itu, mereka juga digalakkan untuk berehat selepas menjalani sesi rawatan.

Kelebihan mengamalkan bekam darah adalah ia menjanjikan kesegaran tubuh serta-merta sekali gus mengembalikan keserian kulit. Ini kerana darah yang keluar menerusi kulit adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah inilah yang menyebabkan pelbagai penyakit dalam badan.

Bekam darah juga dapat mengurangkan migrain dan masalah senggugut serta endometriosis serta melancarkan peredaran darah tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat dan malas justeru berbekam akan melancarkan peredaran darah semula.

Antara kebaikannya lain ialah membantu menajamkan penglihatan dan menangani pelbagai penyakit iaitu 72 jenis penyakit seperti ketegangan urat, darah tinggi, kolesterol, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Tentang kebaikan bekam angin pula ialah membantu membuang angin dalam badan serta melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan, membantu memecahkan lemak, peluh serta melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki, mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

Seiringan itu, selain mengamalkan 10 titik bekam yang harus dilakukan iaitu pada kepala, bawah telinga kiri dan kanan, leher, tulang bahu kiri dan kanan, pinggang kiri dan kanan serta bawah lutut kiri dan kanan mengikut Sunnah Nabi.

Darah kotor yang keluar dari tubuh bukan saja membantu menyihatkan tubuh badan, tetapi sebaliknya mengembalikan keremajaan kulit tidak kira lelaki mahupun wanita.



INFO

Bekam

* Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa tujuan mengubati penyakit.

* Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.


Alat Bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.


Larangan Berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.


Kebaikan Berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.
* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.


Jenis bekam

Bekam kering

Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.


Bekam basah

Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Khamis, 4 Oktober 2012

Rawatan bekam di wajah untuk resdung dan masalah kulit.