Pengikut

Jumaat, 5 Oktober 2012

APA ITU YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KIROPRAKTIK ?


Kiropraktik ialah disiplin dan profesion penjagaan kesihatan yang menekankan menekankan diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan mekanik pada sistem muskuloskeletal, khususnya tulang belakang, atas hipotesis bahawa gangguan itu akan menjejaskan kesihatan umum menerusi sistem saraf. Ia umumnya dikategorikan sebagai perubatan pelengkap dan alternatif (CAM), suatu penyifatan yang ditolak oleh banyak pakar kiropraktik. Walaupun pakar kiropraktik mempunyai banyak sifat pembekal rawatan asas, mereka mempunyai lebih banyak sifat bidang perubatan seperti bidang pergigian dan podiatri. Teknik rawatan kiropraktik utama melibatkan terapi insani, termasuk pemanipulasian tulang belakang, sendi, dan tisu lembut. Rawatan juga termasuk senaman serta kaunseling kesihatan dan gaya hidup. Kiropraktik tradisional menganggap bahawa subluksasi ruas tulang belakang atau disfungsi sendi tulang belakang akan mengganggu fungsi tubuh dan kecerdasan semula jadi, suatu anggapan vitalistik yang mengakibatkan ejekan daripada sains dan perubatan aliran utama.
D.D. Palmer mengasaskan kiropraktik pada 1890-an lalu anaknya, B.J. Palmer, membantu memperluaskannya pada awal abad ke-20. Bidang kiropraktik kini mempunyai dua aliran utama:
"Aliran Tulen", kini golongan minoriti, yang menekankan vitalisme, kecerdasan semula jadi, serta pembetulan tulang belakang, dan menganggap subluksasi sebagai punca utama bagi semua penyakit;
"Aliran Campuran" yang bersikap lebih terbuka terhadap teknik perubatan utama dan teknik perubatan alternatif seperti senaman, pengurutan, tambahan pemakanan, dan akupunktur.
Bidang kiropraktik kini sudah mantap di Amerika Syarikat, Kanada, serta Australia  dan merupakan profesion kesihatan yang ketiga terbesar, didahului hanya oleh bidang perubatan dan bidang pergigian. Kebanyakan orang yang mencari rawatan kiropraktik berbuat demikian bagi merawat sakit belakang bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan