Pengikut

Isnin, 8 Oktober 2012

KEBAIKAN RAWATAN REFLEKSOLOGI .


Urut Tradisional | Apa Itu Refleksologi.

Urut tradisional
refleksologi adalah,tindakbalas pusat atau suis yang ada di tapak kaki,tapak tangan dan telinga kepada kepada organ-organ di dalam badan manusia.Urut tradisional refleksologi tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat pada masa ini kerana urut tradisional refleksologi ini boleh menyembuh pelbagai penyakit yang merbahaya mahupun yang tidak merbahaya.Urut tradisional refleksologi ini boleh dikatakan di belakang sikit sahaja dengan urut tradisional.Tetapi ianya satu jenis rawatan dalam rawatan urut tradisional yang memberikan satu kesihatan badan secara tidak nampak bukan sepertimana rawatan urut tradisional urutan badan yang biasa orang dapatkan.
Setiap bahagian di tapak kaki terbahagi kepada bahagian-bahagian yang tersendiri.Di setiap bahagian tersebut mewakili setiap organ di dalam tubuh manusia.Jadi,kalau di rumah,setiap lampu ada mempunyai suis yang tersendiri.Begitu juga dengan organ badan kita.Semuanya ada suis masing-masing yang terletak di tapak kaki,tapak tangan dan telinga.

Cuba perhatikan rajah ini betul-betul.Bermula dari atas iaitu jari kaki.Suis-suis hebat yang diciptakan Allah ini tersusun dengan cantiknya di mana susunan suis tersebut sama dengan susunan organ manusia.Jika kita dalam keadaan berdiri dibandingkan dengan tapak kaki yang berdiri seperti gambarajah di sebelah,susunan suis dan organ dalam badan manusia adalah sama.Semakin tinggi suis itu berada,begitulah juga tingginya organ-organ badan kita berada.Bermula dari jari kaki yang mewakili kepala,mata dan sebagainya.Kemudian ke bawah sedikit mewakili dada.Seterusnya ditangah-tengah tapak kaki adalah mewakili bahagian perut.Dan seterusnya sampai ke tumit yang mewakili kaki dan sebagainya.

Cara urut tradisional refleksologi bekerja adalah,apabila kita tekan setiap bahagian/point pada tapak kaki tersebut,organ-organ yang mewakili point tersebut akan menyala.Nyalaan inilah yang dipanggil refleks atau dalam bahasa urut tradisional “refleksologi”.Yang menghubungkan point tersebut dengan organ badan adalah wayar /urat saraf.Dalam masa organ tersebut menyala,wayar/ urat saraf masing masing yang menghubungkan point ini dengan organ tersebut akan mengalirkan tenaga elektriklah boleh dikatakan.Dengan adanya tenaga letrik ini,ia akan memecahkan segala angin atau kotoran yang ada di dalam urat saraf tersebut dan ianya juga akan merangsang urat saraf tersebut supaya menjadi aktif.Bila aktif,urat saraf tersebut akan sihat.Bila sihat,darah darah akan dapat mengalir dengan baiknya ke bahagian-bahagian organ badan tersebut dan organ tersebut akan sihat sesihatnya kerana telah mendapat zat dari darah yang mengalir dengan baiknya tadi.Di sinilah fungsi urut tradisional refleksologi yang penting di mana ia akan merangsang organ-organ badan yang kusam tidak bermaya kepada organ-organ yang telah sedar dan terjaga.
Kalau kita rasa ada ketulan di tapak kaki kita,sedarlah.Kesihatan anda dalam bahaya.Ketulan-ketulan yang berada di tapak kaki kita atau dengan kata lain berada di point refleksologi tersebut,telah memberikan kita tanda bahawa suis organ tersebut telah diselaputi lumut dan busut.Begitu juga wayarnya/urat sarafnya.Jadi kita kena cuci suis/point tadi dengan rawatan urut tradisional refleksologi,di mana suis/point tadi akan dibaikpulih/dicuci oleh tukang urut tradisional refleksologi.Setelah suis/point tadi sudah dicuci,dengan kata lain ketulan atau busut/lumut tadi telah hilang,dan suis/point tadi telah dapat digunakan seperti biasa.Bila kita memijak sesuatu,suis/point tadi tidak ada masalah untuk mengalirkan urat saraf dengan tenaga letrik dan seterusnya menyalakan/merangsang organ-organ dalam badan kita dengan nyalaan lampu yang terang atau dengan kata lain mendapat bekalan darah yang mencukupi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan